Suamiku Encik Sotong Pecah Rekod Kerana Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz-Ahmad
Menerusi drama bersiri 20 episod, Suamiku Encik Sotong terbitan Global Station Sdn Bhd, Sharnaaz Ahmad berjaya memecahkan rekod penonton apabila rating mencapai sehingga 1.28 juta selepas tayangan episod pertamanya pada 27 Oktober lalu.

Melalui drama adaptasi daripada novel tulisan Syikin Zainal itu, buat pertama kalinya Sharnaaz melakonkan watak sebagai lelaki lembut berbeza sebelum ini dia lebih banyak berlakon sebagai lelaki normal termasuk gangster.

Selain Sharnaaz drama ini turut dilakonkan Amyra Rosli, Amar Baharin dan Hanis Zalikha.

Menurut Penerbit Global Station, Datin Zaiton Mohd Jiwa,

Dia sendiri terkejut tidak menyangka gandingan Sharnaaz dan Amyra di dalam cerita ini berjaya menarik perhatian penonton.

“Saya memang tidak sangka dan begitu terkejut apabila mendapat tahu daripada Astro rating episod pertama siri ini paling tinggi iaitu 1.28 juta.

Memang tidak sangka untuk episod pertama saja sudah berjaya menarik ramai penonton menyaksikannya.

Mungkin juga kerana peminat belum pernah melihat Sharnaaz membawakan watak sebagai lelaki lembut menyebabkan ramai yang setia di depan televisyen untuk terus menonton.

Tahniah saya ucapkan kepada Sharnaaz dan semua pelakon yang terbabit kerana berjaya membawa watak masing-masing dengan berkesan,”

Sinopsis Drama Suamiku Encik Sotong

Suamiku Encik Sotong mengisahkan Erica yang terpaksa berkahwin dengan Farish seorang lelaki berperwatakan lembut yang turut digelar ‘sotong’.

Bagi mendapatkan tempat sebagai pengerusi di syarikat Khaleeda Holdings dia perlu berkahwin selama tiga tahun mengikut syarat yang ditetapkan oleh arwah neneknya, Tengku Khaleeda.

Suamiku Encik Sotong

Selepas dinikahkan, Erica pulang ke Kuala Lumpur melanjutkan pelajarannya manakala Farish menolong Mama Lia di butik. Farish akhirnya akur dengan kemahuan arwah nenek Tengku Khaleeda yang mahu dia melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur.

Di kolej, Farish berkenalan dengan Dhia Adirra, gadis tomboi yang selalu melindungi Farish daripada sering diejek teman sekuliah. Rupa-rupanya Farish belajar sama kolej dengan Erica. Masing-masing menyembunyikan perkahwinan mereka daripada teman-teman.

Izhan, sepupu Erica mula memikat Erica me­ngikut perancangan mamanya, Tengku Atylia yang mahukan jawatan pengerusi Khaleeda Holdings.

Erica memberitahu Farish yang dia sudah jatuh cinta dengan Izhan. Sejak itu, Erica mula perasan Farish banyak berubah menjadi kacak dan macho. Farish juga memberitahu Erica dia juga jatuh cinta pada Dhia Adirra dan gadis itu yang membuatkan dirinya berubah.

Tanpa diduga, Erica terlanjur dengan Izhan ketika mereka bercuti di Bali. Izhan menyesal namun dia berjanji akan bertanggungjawab ke atas Erica. Erica pula terdengar pebualan Tengku Atylia dan Qarina yang Izhan hanya mempermainkan dirinya menyebabkan Erica kecewa.

Saksikan drama Suamiku Encik Sotong yang disiarkan di saluran Astro Ria dan serentak di Maya HD pada setiap Isnin jam 10 malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments