Terpaku Pontianak – Terdesak Nak Beristeri

Abam Bocey - Terpaku Pontianak
Skrin Di 9 membawakan satu lagi tele filem komedi iaitu “Terpaku Pontianak” yang pastinya membuatkan para penonton setia slot ini terhibur.

Terpaku Pontianak mengisahkan Salman Al-Farisi, yang menghadapi kesukaran mendapat jodoh kerana fizikal dan tabiat buruknya iaitu “mengeluarkan gas” yang terlalu busuk sehinggakan ditinggalkan teman wanita.

Dia mula berputus asa apabila setiap usahanya untuk mempunyai isteri gagal sehinggakan rakan sekerjanya kerap memerlinya. Safuan membuat keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung bagi mencari jodoh.

Melihat keadaan Safuan, pakciknya Safuan Al-Farisi memberikan Salman sebatang paku ajaib iaitu “Paku Pontianak”. Salman hanya perlu mencari Pontianak dan memaku leher Pontianak itu agar dia dapat bertukar menjadi manusia.

Walaupun takut, Safuan sanggup kerana tidak mahu lagi menjadi bahan ejekan orang.

Bermulalah misi Salman mencari isteri tetapi semuanya tidaklah semudah yang disangka, kerana dia perlu masuk ke dalam hutan untuk mencari Pontianak.

Namun, setiap kali dia menemui Pontianak, ada sahaja ujian yang menghalang. Seringkali juga dia tersalah paku sehingga ada Pontianak yang dipakunya menjelma menjadi lembu, perempuan tua dan malahan ada yang bertukar menjadi klon dirinya sendiri.

Keadaan menjadi kalut apabila dia tersalah paku seorang Mat Rock.

Perbuatan Salman yang memburu Pontianak telah mengakibatkan kemarahan kaum Pontianak sehinggakan Permaisuri Pontianak mengadakan mesyuarat tergempar bagi menangani masalah Salman.

Sebagai balasan, Permaisuri Pontianak mengarahkan anak-anak buahnya mengganggu Salman dan keluarganya sebagai amaran. Mungkinkah sudah tersurat nasib Salman bahawa dia akan hidup membujang sampai ke tua? Saksikan gelagat lucu Salman yang terdesak mencari isteri pada 24 November nanti di TV9.

Terpaku Pontianak diterajui oleh Abam Bocey, Nur Risteena Munim, Hairi Safwan dan Razak Ahmad. Jangan lupa untuk saksikan Terpaku Pontianak pada hari Isnin, 24 November 2014 pada jam 8.30 malam di slot Skrin Di 9.

Untuk maklmat lanjut sila layari www.tv9.com.my dan siaran ulangan di www.tonton.com.my.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments