Trailer filem Villa Nabila

Syafiq Yusof - Pengarah Termuda

Filem seram eksperimental, Villa Nabila arahan pengarah muda, Syafiq Yusof menampilkan pelakon utama Pekin dan Tisya Shamsir yang berkisarkan kisah benar rumah berhantu Villa Nabila yang terletak Johor Bahru itu bakal ditayangkan pada 15 Januari 2015.

Beliau cuba menyampai kisah yang benar-benar terjadi mengenai rumah tersebut dalam bentuk dokumentari.

Kisah bermula selepas peristiwa kehilangan seorang remaja di Villa Nabila menjadi ‘viral’ di kalangan masyarakat.

Villa yang begitu terkenal kerana reputasi yang menyeramkan serta berita kehilangan seorang pelajar lelaki dalam banglo berkenaan memberi inspirasi kepada penerbitnya, Viper Studios dan Skop Productions menghasilkan filem ini.

Maka beliau mula menemubual beberapa individu termasuk dua kontraktor yang mendakwa pernah mengalami peristiwa misteri di rumah tersebut dan menjadikannya sebuah filem.

Trailer filem Villa Nabila

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments