Upin & Ipin Dipilih Sebagai Duta Japan Halal Expo 2014

upin ipin duta japan halal expo 2014

Japan Halal Expo 2014 yang pertama kali diadakan di Jepun telah melantik watak animasi Upin & Ipin sebagai duta mereka. Japan Halal Expo ini berlangsung pada 26 hingga 27 November 2014 di Makuhari Messe.

Upin & Ipin terpilih kerana watak mereka yang begitu sinonim dengan makanan halal dan masyarakat Islam. Selain itu, Upin & Ipin dipilih dari kerjasama mereka dengan syarikat Jepun, Tsuburaya untuk animasi Upin, Ipin dan Ultraman Ribut.

“Untuk memasuki pasaran Jepun bukanlah sesuatu yang mudah. Kami harus mencipta pasaran baru melalui makanan halal dan restoran Upin & Ipin di Jepun. Selepas kejayaan episod istimewa bersama Ultraman, kami merancang untuk mengadakan kerjasama jangka panjang bersama syarikat Tsuburaya.” ulas Tuan Haji Burhanuddin, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production. – dipetik dari Budiey.com

Les’Copaque Production juga turut membuka booth bagi mempromosikan restoran Upin & Ipin yang dibuka di Ebisu, Tokyo.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments