Virus Menyengat Sebelum Bermulanya MLM2014

Kumpulan Virus Maharaja Lawak Mega 2014
Belum lagi bermula minggu pertama gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014, kumpulan Virus yang dianggotai oleh Tauke, Yus dan Zizan Razak sudah mula membuktikan mereka mempunyai ‘fanbase’ yang cukup kuat.

Menerusi undian terkini di laman www.maharajalawakmega.com.my menunjukkan kumpulan Virus mendahului 14 kumpulan yang lain dengan kelebihan 33 peratus undi. Ini diikuti oleh kumpulan Shiro dengan 17 peratus, Sepahtu dengan 16 peratus serta kumpulan-kumpulan lain yang menerima undian bawah dari 10 peratus.

Adakah ini menunjukkan kumpulan Virus bakal menguasai gelanggang MLM 2014 dan memberi amaran kepada kumpulan yang lain bahawa mereka akan menjadi kumpulan pilihan yang tidak menerima tekanan hebat ke gelanggang akhir Maharaja Lawak Mega 2014 kelak?

Kelebihan peratus undian yang dimiliki oleh kumpulan Virus memberi kelebihan buat mereka dan tiada sebarang tekanan yang diterima lebih-lebih lagi minggu pertama MLM 2014 bakal berlangsung pada 14 November ini.

Semestinya gelanggang MLM 2014 bakal menjadi tumpuan dengan pelbagai kejutan dan adakah akan anda kumpulan yang akan tersingkir di minggu pertama?

Pastikan ada menonton program Maharaja Lawak Mega 2013 dan teruskan mengundi kumpulan kegemaran anda.

Maharaja Lawak Mega 2014 dihoskan oleh Dato’ Ac Mizal dan mula bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam pada 14 November bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments