Wak Doyok Keluarkan Produk Pelebat Bulu

Wak Doyok
Ikon media sosial, Wak Doyok melangkah setapak lagi dengan mengeluarkan produk menggunakan jenamanya sendiri tidak lama lagi.

Produk pelebat bulu yang dikenali sebagai Krim Jambang Wak Doyok bukan saja diilhamkan bagi melebatkan jambang untuk golongan pria, malahan juga berupaya melebatkan bulu di bahagian lain seperti di bawah lengan, rambut, bulu dada dan tempat lain.

Bagi Wak Doyok, sudah tiba masanya dia berkongsi rahsia penjagaan jambang dan misai dengan satu produk berkualiti tinggi buatan tempatan yang akan dilancarkan dalam tempoh dua minggu saja lagi.

“Memang bukan mudah untuk menjaga kebersihan jambang dan misai saya ini. Ramai yang datang kepada saya bertanyakan petua penjagaannya.

Sebelum ini produk yang saya gunakan kebanyakannya datang dari luar negara dan sukar untuk didapati di negara ini. Tetapi sekarang dengan hadirnya produk ini saya dapat berkongsi dengan lebih ramai pihak”

Menurut Wak Doyok, produk berkenaan boleh dipakai di banyak tempat yang berbulu seperti kening, rambut, misai, jambang, janggut, bulu dada, ketiak dan juga di bahagian sulit.

“Maksud saya ialah tempat-tempat yang ada hormon bulu. Hanya sapukan saja krim berkenaan dan InsyaAllah ianya akan berkesan.

Ianya bukan saja boleh melebatkan, malahan juga menghitamkan rambut atau bulu berkenaan.

Lebih istimewa juga, produk ini wangi. Jadi pengguna tak perlu risau dengan baunya kerana ianya sedap dibau terutama apabila digunakan di kawasan tertentu”

Krim Jambang Wak Doyok bakal dijual pada harga yang sangat berpatutan dan mendapat kerjasama dengan sebuah jenama produk kesihatan terkenal tempatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments