Zizan Razak Disaman Bekas Pengurus

zizan razak - top 5 calon anugerah bintang popular berita harian
Zizan Razak telah disaman RM500,000 oleh bekas pengurusnya Marina Juki selepas pelakon itu didakwa melanggar kontrak pengurusan artis yang ditandatanganinya bersama Wire Fame Entertainment Sdn Bhd.

Menurut Marina selaku plaintif mendakwa Zizan telah melanggar kontrak apabila dia bekerjasama dengan syarikat lain sedangkan kontraknya dengan Wire Fame masih belum tamat.

Selain menuntut ganti rugi khas lebih RM500,000, ganti rugi am sebanyak 15 peratus ke atas semua pendapatan yang diperoleh defendan daripada syarikat pengurusan lain.

Pada masa sama, Marina turut menuntut faedah lain sebanyak 5 peratus setahun dari tarikh pemfailan saman berkenaan.

Marina turut memohon injuksi bagi menghalang Zizan daripada meneruskan kontrak dengan pihak pengurusan barunya.

Kemelut antara Zizan dan Marina semakin memuncak apabila Zizan yang memegang saham sebanyak 70 peratus dalam syarikat Wire Fame Entertainment telah membekukan akaun syarikat sekaligus menyebabkan ramai artis dibawah syarikat pengurusan tidak mendapat bayaran.

Sumber : MStar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments