Adiwira OST Cicakman 3 – Zizan KRU

zizankru adiwira
KRU Studios kembali menggegarkan industri perfileman tempatan dengan ‘Cicakman 3’ lakonan Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairuz yang akan berada di pawagam pada 12 Mac tahun hadapan.

Sehubungan itu lagu ‘Adiwira’ ciptaan Edry Abdul Halim telah dipilih sebagai lagu tema filem ‘Cicakman 3’.

Lagu tersebut menggabungkan dua ikon popular tanah air iaitu Kumpulan KRU dan Zizan Razak yang turut terlibat sebagai penulis lirik.

Kolaborasi ini merupakan permintaan peribadi oleh Zizan sendiri untuk bekerjasama dengan KRU dan ia telah menghasilkan sebuah gabungan sempurna melalui ciptaan lagu yang diberi garapan segar dan disesuaikan dengan selera muzik generasi baru.

‘Adiwira’ diedarkan serentak secara online di iTunes, Spotify, Deezer dan Kkbox bermula 28 November lalu termasuk MTV yang diterbitkan secara rasmi melalui rangkaian KRU Music iaitu di laman sesawang Youtube.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments