AIM21 Bantu Promosi Fragmen Di Indonesia

Album Baru Dato Siti Nurhaliza Fragmen
Datuk Siti Nurhaliza berharap kemenangan Fragmen dalam kategori Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21) akan membuka ruang lebih luas kepada album itu di Indonesia.

Kemenangan ini juga diharap dapat mempromosi dan mengekalkan momentum penjualan album tersebut di negara berkenaan.

“Alhamdulillah sambutan di Indonesia sangat baik namun diharapkan dengan kemenangan ini dapat mengekalkan momentum tersebut.

Malah beberapa bulan lalu saya sempat ke sana untuk mempromosikan album dan single duet bersama Cakra Khan”

Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21) menyaksikan Siti menerima trofi Vokal Terbaik Wanita menerusi lagu Lebih Indah dan Rakaman Album Terbaik melalui Konsert Lentera Timur Bersama Orkestra Tradisional Malaysia.

Menurut Siti, sebagai strategi pemasaran, pihak Universal Music turut memasukkan lagu duet bersama Cakra berjudul Seluruh Cinta dalam album Fragmen untuk pasaran negara tersebut.

Biarpun lagu berkenaan tidak dimasukkan untuk pasaran Malaysia namun ia dilancarkan sebagai single menerusi iTunes.

Sumber : MStar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments