Aishah Sinclair Ganti Sarimah Bagi The MIX fm Breakfast

New MIX fm Breakfast with Aishah & Rod
MIX fm kini terus bersaing dari masa ke semasa dan secara tidak langsung menjadikan stesen ini sebagai stesen kegemaran dikalangan penonton muda yang berada dipertengahan umur antaranya 25 hingga 39 tahun.

Radio ini juga memainkan gabungan lagu-lagu kontemporari era 90 hingga kini.

MIX fm hari ini telah mengumumkan kedatangan peyampai baru bagi rancangan Sarapan Pagi The MIX fm Breakfast iaitu bersama Aishah & Rod yang telah pun ke udara hari ini buat kali pertamanya menggantikan Sarimah Ibrahim.

Aishah Sinclair, seseorang yang bukan baru dalam industri hiburan kini telah menyertai Rod dalam rancangan Sarapan Baru MIX fm, The New MIX fm Breakfast with Aishah and Rod.

Penglibatan Aishah Sinclair dalam dunia penyiaran bukanlah suatu perkara yang baru baginya. Beliau juga adalah seorang peguam dan seorang pelakon serba boleh dengan gaya tersendiri.

Aishah juga merupakan seorang ibu kepada dua orang anak memiliki semangat dan minat sangat mendalam dalam persekitaran semula jadi.

Beliau adalah ahli pengasas dan berada dalam Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Anak Warisan Alam, sebuah NGO yang berdedikasi untuk mendidik belia mengenai kepentingan memulihara alam sekitar.

Teruskan mendengar MIX Breakfast Show yang membawa anda ke titik permulaan yang baik setiap hari! Luangkan masa anda bersama The New MIX fm Breakfast with Aishah and Rod bermula jam at 6 pagi hingga 10 pagi.

Selain itu, anda turut berpeluang dan mendapatkan suntikan hariandengan adanya berita –berita hiburan di pertandingan pupolar, dan cerita-cerita yang menarik bersama Aishah dan Rod!

Klik SINI untuk English Version.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments