Akim dan Fazura Ungguli Carta Lagu Top iTunes

Akim & The Magistrate
Siapa yang tidak mengenali lagu ‘Mewangi’ yang dinyanyikan oleh Akim & The Magistrate yang juga telah memenangi “Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu” di Anugerah Industri Muzik Ke 21 (AIM 21) baru-baru ini.

Lagu ‘Mewangi’ yang juga telah dilancarkan beberapa bulan yang lalu telah mendapat sambutan yang hebat oleh orang ramai lebih-lebih lagi oleh peminat Akim sendiri. Ini terbukti apabila lagu tersebut telah menduduki di 5 tangga teratas di Carta Lagu Top di iTunes selama sebulan.

Walaupun lagu ini boleh dikatakan masih baru, namun ia mempunyai karakter yang tersendiri dan sesuai dengan suara Akim yang kedengaran sedikit serak basah.

Bintang yang bernama Fazura yang juga merupakan selebriti pertama yang mempunyai program realiti TV sendiri melalui saluran E! ini pula muncul dengan single terbaru.

Single sulung Fazura yang bertajuk ‘Sayangi Dirimu’ juga telah menduduki di tangga ke-4 di Carta Lagu Top sebaik sahaja ia dilancarkan di iTunes. Walaupun ini merupakan single sulung oleh Fazura, namun ia telah mendapat sambutan yang hangat oleh para peminatnya.

Ternyata lagu ciptaan Damian Mikhail dan lirik oleh Shah Shamshiri ini mampu memberi satu impak yang luar biasa kepada Fazura yang mula mengembangkan bakatnya dari bidang lakonan ke bidang nyanyian.

Semoga dengan hadirnya single terbaru ini mampu membawa nama Fazura ke satu persada yang lebih jauh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments