Anugerah Nasyid IKIM FM

Hafiz Hamidun
10 lagu genre nasyid dan ketuhanan diumumkan layak ke Anugerah Nasyid IKIM FM yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada 10 Januari 2015.

Acara itu bakal disiarkan secara langsung menerusi TV Al Hijrah, IKIM FM dan TV IKIM pada pukul 9 malam. Ia bakal dihoskan oleh Heliza Helmi dan Amin Idris.

Sepuluh lagu yang tersenarai ke peringkat akhir Anugerah Nasyid IKIM FM adalah :-

  1. Al Haq…Yang Satu (Mawi & Datuk AC Mizal)
  2. Dalam Sujud Cintaku (Halim Ahmad)
  3. Iman dan Aman (Inteam)
  4. Rindu Ini (Du’a Feat Amal, Alkautsar, Anas Tahir dan Azfar)
  5. Maafkan Aku (Nowseeheart)
  6. Seiring Sehaluan (UNIC)
  7. Tangis Sebatang Tamar (Daqmie).
  8. Jodoh Berdua (Hafiz Hamidun)
  9. Kasih Padamu (Hafiz Hamidun)
  10. Ucaplah Alhamdulillah (Amirul Haswendy)

Pengumuman ini dilakukan oleh Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan di PICC.

Menurut Nik Mustapha, penganjuran semula anugerah berkenaan adalah bagi mengiktiraf sumbangan penggiat nasyid dan lagu-lagu ketuhanan sama ada daripada kalangan komposer, penulis lirik dan penyanyi.

“Anugerah Nasyid IKIM FM kali terakhir diadakan pada 2005 dan sudah tiba masanya ia dikembalikan bagi memartabatkan industri nasyid tanah air yang semakin berkembang maju dengan pelbagai lagu dihasilkan oleh penggiat seni tanah air”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments