Bakat Puteri Balqis Diintai Walt Disney

puteri-balqis-menang-anugerah-pelakon-wanita-terbaik
Puteri Balqis Azizi mula mendapat perhatian produksi antarabangsa selepas dia menerima trofi Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian Television Awards 2014 (ATA 2014), Singapura pada 11 Disember lalu.

Menurut bapa kepada Puteri Balqis iaitu Azizi Aziz,

Selain produksi filem dan drama, Pengarah Urusan Syarikat Walt Disney Asia Tenggara, Robert Gilby turut menyatakan minat untuk menyunting anaknya menyertai saluran itu.

“Alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhannya selama ini mula menampakkan hasil apabila dia didatangi pelbagai pihak yang ingin mempelawanya terlibat dalam projek mereka.

Selain saluran Disney, kami juga disapa oleh beberapa penerbit filem dari Amerika Syarikat dan Australia dan meminta kami menghubungi mereka semula untuk perbincangan lanjut”

Kemenangan Puteri Balqis atau lebih mesra dengan sapaan Aqish yang baharu sahaja berusia tujuh tahun itu menerusi telefilem arahan Erma Fatima berjudul Balqis yang disiarkan di TV3.

Puteri Balqis Anugerah Skrin 2014

Dia juga memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2014 yang berlangsung pada 7 November lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Biarpun teruja dengan pelbagai tawaran daripada produksi luar negara namun sebagai bapa dia akan memastikan tawaran tersebut sesuai dan berbaloi dengan Balqis selain tidak menggangu waktu pembelajarannya.

Sumber : MStar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments