Buku Cek Hilang, Seniman Report Polis

Buku Cek Hilang, Seniman Report Polis
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) membuat laporan polis selepas kehilangan buku cek yang diberi tanggungjawab terhadap bendahari persatuan iaitu aktres Vanidah Imran.

Presidennya, Zed Zaidi berkata, kehilangan buku cek tersebut menyukarkan Seniman untuk menjalankan aktiviti serta membuat sumbangan kebajikan.

“Saya melaporkan kehilangan buku cek persatuan yang dibawa keluar daripada pejabat oleh bendahari iaitu Vanidah Imran sejak memegang jawatan tersebut September lalu.

Dia membawa pulang dan langsung tidak memberi kerjasama kepada persatuan ketika diminta untuk mengeluarkan duit bagi menjalankan operasi serta membayar gaji pekerja”

Mereka telah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati.

Antara yang hadir ialah Timbalan Presiden Seniman iaitu Zack (Kool) , Setiausaha Kehormat, Zahrin Ishak dan Penolong Setiausaha Rena Tan.

Beliau menyerahkan laporan polis tersebut kepada pihak bank bagi menggugurkan nama pelakon tersebut dan mengeluarkan buku cek baharu. Malah, satu mesyuarat undi tidak percaya akan dilakukan tahun depan terhadap aktres tersebut.

“Sekarang kita mahu bank gugurkan nama Vanidah sebagai salah seorang yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran duit persatuan.

Kita juga akan usulkan perkara ini dalam mesyuarat untuk membuat undi tidak percaya kepada dia”

Tindakan tersebut dilakukan selepas beberapa kali memberi amaran kepada pelakon itu agar memberi kerjasama. Vanidah bukan sahaja tidak mahu menandatangani cek tersebut, malah meminta persatuan mengeluarkan surat kepadanya terlebih dahulu.

Bagiamanapun pihak MStar Online menghubungi Vanidah untuk mengetahui isu sebenar disebalik kejadian ini

Menurut Vanidah, ada sebab dia melarikan buku cek milik persatuan itu tetapi enggan menjelaskan puncanya. Dia tidak perlu menerangkan kenapa dia berbuat demikian termasuklah enggan memberi komen mengenai laporan polis yang dibuat terhadapnya oleh kepimpinan persatuan itu.

“Saya tidak mahu beri kenyataan apa-apa tentang laporan polis itu buat masa ini. Biarkan sahaja mereka berbuat demikian dan saya ada alasan tersendiri”

Malah Vanidah juga berkata, tidak mungkin untuk dia melarikan wang persatuan dengan memegang buku cek berkenaan kerana namanya masih belum didaftarkan sebagai penama untuk akaun persatuan berkenaan.

Sumber : MStar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments