Dato’ Siti Nurhaliza Terima Anugerah Tokoh Srikandi Negara

anugerah-srikandi-negara

Tahniah diucapkan kepada Penyanyi popular negara, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin yang baru sahaja dianugerahkan Anugerah Tokoh Srikandi Negara.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Dato’ Siti Nurhaliza terpilih menerima anugerah tersebut kerana menepati criteria yang telah ditetapkan di mana Dato’ Siti telah mencapai kecemerlangan dalam bidang muzik dan menjadi contoh terbaik buat generasi muda.

anugerah-srikandi-negara-2014

Selain dato’ Siti, tokoh-tokoh lain yang turut menerima anugerah ini ialah Tun Dr Siti Hasmah, Datuk Dr Maznah Hamid, Tan Sri Norma Yaacob ( pengerusi RAM Holding Bhd ) dan pendakwah bebas Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments