Datuk A Rahman Hassan Sah Bergelar Suami Fadillah Mansor

Datuk A Rahman Hassan Sah Bergelar Suami Fadillah Mansor
Datuk A Rahman Hassan sah bergelar suami kepada Fadillah Mansor dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada malam Khamis.

Majlis itu berlangsung kira-kira 9 malam itu disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Kampung Baharu Kuala Lumpur, Azizi Ab Hamid.

A Rahman menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Fadillah manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 400 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media. Anak-anak daripada hasil perkahwinan terdahulu pasangan itu turut hadir pada majlis berkenaan.

Antara artis yang turut memeriahkan majlis tersebut adalah Datuk DJ Dave, Datuk Jalaluddin Hassan, Rohana Jalil, Uji Rashid, Hail Amir, Salwa Abdul Rahman, Den Wahab.

Sumber : MStar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments