Drama Cahaya Di Hujung Nyawa Lakonan Razali Hussain & Faradhiya

razali-hussain

Sebuah drama menarik menemui penonton bertajuk Cahaya Di Hujung Nyawa. Drama ini mula bersiaran pada 17 November yang lalu di Hypp Sensasi ( Saluran 116 ) pada pukul 9.00 hingga 10.00 malam.

Drama sebanyak 30 episod ini menampilkan pelakon seperti Dato’ Jalaludin Hassan, Faradhiya, Azza AF, Razali Hussain, dan ramai lagi. Diarahkan oleh Muhibbudin Ahmad dan diterbit oleh Kota Rentang Sdn Bhd. Manakala skrip ditulis oleh Maizura Mohd Ederis.

Cahaya Di Hujung Nyawa mengisahkan seorang wartawan bernama Hud membuat laporan penyiasatan tentang kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah taman tema.  Taman tema itu ditutup oleh kerajaan.

Tiara yang merupakan seorang aktivis alam sekitar tertarik dengan Hud kerana keberanian Hud menentang penjenayah alam sekitar.  Namun tanpa di ketahui Tiara, bapanya, Tan Sri Selamat Rahman merupakan penjenayah alam sekitar.

Tiara menjalankan satu misi bagi menyumbang ilmu dan pengalamannya dalam pemuliharaan alam sekitar. Tiada tidak menyedari bahawa bapa dan abangnya  begitu giat membuka tanah dan merosakkan alam sekitar melalui syarikat pembinaan SR Corporation Berhad.

Tiara dan Hud mula jatuh cinta. Tiara memperkenalkan Hud kepada bapanya. Namun begitu, berlaku konflik apabila Tan Sri Selamat telah mengupah seseorang membunuh Hud. Hud yang terselamat dari kemalangan yang dirancang itu bagaimanapun terpaksa membuat beberapa pembedahan kosmetik.

Walapun begitu, cinta Hud dan Tiara tetap kukuh. Tiara kemudian mendapat tawaran biasisa dalam pengurusan alam sekitar dari Universiti di Pulau Scily, Itali. Tanpa Tiara mengetahui, rupanya tawaran tersebut adalah rancangan bapanya untuk memisahkan dia dan Hud.

Hud yang begitu mencintai Tiara berusaha untuk berjumpa dengan Tiara di Italy. Hud juga nekad untuk berkahwin dengan Tiara biarpun tanpa restu keluarga mereka.

Ketika dalam perjalanan pulang Ke Kuala lumpur, hud tiba-tiba mendapati dirinya berada di atas sayap kapal terbang di laut Mediterranean dalam keadaan lemah dan kesejukan. – kredit Media Hiburan

Apakah yang terjadi kepada Hud? Ingin tahu kesudahan drama ini, jangan lupa tonton pada setiap hari Isnin dan Selasa, di Hypp Sensasi. Selamat menonton.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments