Drama Engkau Laksana Bulan Lakonan Nadia Nisaa & Syukri Yahya

 

syukri-yahaya

Sebuah drama menarik bakal menemui penonton melalui slot Tribute P.Ramlee bertajuk Engkau Laksana Bulan yang diarahkan oleh pengarah Erma Fatima.

Drama Engkau Laksana Bulan menampilkan barisan pelakon seperti Syukri Yahya dan Nadia Nissa.

Memulakan tayangan pada 28 Disember ini, jam 10.00 malam di TV1.

Engkau Laksana Bulan mengisahkan tentang Ridz  yang merancang menghantar rombongan merisik ke rumah Nilam.  Bagaimanapun dibatalkan oleh ayah Nilam kerana ayah Nilam dulu pernah ingin memperisterikan ibu Ridz tapi tidak kesampaian.

Ayah Nilam melakukan pelbagai cara untuk menghalang tujuan Ridz dan Nilam malah sanggup buat apa sahaja yang melanggar undang-undang.

Ridz membuat keputusan untuk lari bersama Nilam. Namun rancangan tersebut diketahui ayah Nilam. Ayah Nilam telah membuat fitnah ke atas Ridz menyatakan Ridz cuba melarikan dan mencabul Nilam. Nilam sangat kecewa dengan sikap ayahnya.

Ridz dipenjarakan dan Nilam dipaksa berkahwin dengan Danial. Namun perkahwinan tersebut menyebabkan huru hara berlaku.

Pada sau hari, Nilam dan Danial bergaduh dan Daniah melemparkan barang ke cermin almari sehingga pecah. Akibat dari itu, serpihan kaca telah terkena pada mata Nilam sehingga menyebabkan Nilam buta.

Ridz pula telah dibebaskan dan mencari Nilam. Namun ayah Nilam cuba menembak Ridz tetapi Nilam telah menghalangnya sehingga tembakan itu terkena padanya.- kredit Media Hiburan

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Pasti tak sabar nak saksikan kesudahan drama ini kan.Buat anda, jangan lepaskan peluang saksikan drama Engkau Laksana Bulan pada 28 Disember ini hanya di TV1. Selamat menonton.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments