Drama Sahabat Subahat Lakonan Hairi Safwan & Lisdawati

drama-sahabat-suhabat

 

Sebuah drama bersiri menemui penonton menerusi Slot Zehra Kifarah bertajuk Sahabat Subahat. Drama ini memulakan siaran pada 5 Disember 2014 setiap Jumaat jam 9.00 malam di TV3.

Menampilkan pelakon seperti Lisdawati, Hairi Safwan, Jay Iswazir dan Shukri Yahaya.

Drama ini mengisahkan Zaki dan Budiman, dua orang sahabat baik berbeza perwatakan. Zaki membuat kerja-kerja menyeludup barang sabagai sumber pendapatannya. Manakala Budiman bekerja sebagai pengawal keselamatan di kilang.

Zaki menipu Budiman tentang pekerjaannya dan mengaku dia seorang ushawan. Budiman yang ingin membeli rumah baru memerlukan wang dan cuba meminta pertolongan Zaki.

drama sahabat suhabat tv3

Zaki sudi membantu Budiman bagaimana pun Zaki mengenakan syarat Budiman mesti membantunya melakukan kerja menyeludup.

Budiman tidak bersetuju dan enggan melakukan kerja tersebut. Mereka akhirnya bergaduh di kilang. Ketika bergaduh, Zaki telah ditimpa kemalangan. – kredit Budiey.com

Apakah yang berlaku pada Zaki seterusnya? Apakah Zaki akan insaf dan bertaubat?

Ingin tahu kesudahan drama ini, jangan lupa saksikan Sahabat Suhabat pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam si Slot Zehra Kifarah hanya di TV3. Selamat menonton

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments