Drama Seindah Kasihmu Sempena Maulidur Rasul Lakonan Aeril Zafril

drama-seindah-kasihmu-aeril-zafril

Sempena  sambutan Maulidur Rasul, sebuah drama menarik bertajuk Seindah Kasihmu akan menemui penonton pada 3 Januari 2015, pada pukul 9.00 malam di TV1.

Menampilkan pelakon seperti Aeril Zafril, Ammar Bahrin, Dato’ Zulkifli Zain, Agnes Wong Chin Lian, Wong Sip Nen dan Dato’ Baharudin Hj Omar.

Drama Seindah Kasihmu mengisahkan Atan, remaja belasan tahun. Dia dianggap misteri oleh penduduk kampung kerana tiada siapa mengetahui latar belakang keluarganya. Mengikut cerita orang kampung, Atan merupakan anak yatim piatu dan tinggal seorang diri. Atan tidak bersekolah. Namun dia pandai mengaji dan sentiasa solat berjemaah di surau.

Atan kelihatan agak sekeleh dan menyebabkan dia sering diejek oleh budak-budak kampung. Zuki anak Haji Munir yang kaya menganggap Atan tidak waras.

Walapun Atan sering diejek dan dihina, dia mendapat layanan baik dari pemilik kedai runcit bernama Tauke Meng. Anak Tauke Meng, Lilian juga selalu membantu Atan membaca.

Haji Munir pula tidak pernah menegur sikap Zuki dan dia juga member amaran kepada Atan agar jangan sesekali menjejakkan kaki ke kawasan rumahnya. Haji Munir sering bercerita kisahnya yang sering menderma kepada orang-orang susah.

Pun begitu, sikap munafik Haji Munir disedari Imam Syuib. Begitu juga layanan buruk Haji Munir  terhadap Atan. Imam Syuib juga menyedari ada sesuatu yang istimewa tentang diri Atan.

Haji Munir duduk diberanda rumahnya memerhatikan keadaan sekeliling sementara menunggu magrib. Tiba-tiba Atan muncul dan berdiri di depannya. Haji Munir terkejut dan menghalau Atan yang meminta makanan daripadanya. Namun Atan hilang dari pandangan sebaik sahaja azan magrib kedengaran.

Haji Munir menuduh Atan menceroboh masuk rumahnya. Bagaimanapun, Imam Syuib memberitahu Ata nada bersamanya ketika itu. Orang ramai juga melihat Atan memang ada di surau ketika itu.

Sekali lagi, Atan muncul di hadapan Haji Munir untuk meminta makanan. Haji Munir mula meracau tidak menentu. Mendengar cerita Pak Sahak, Imam Syuib hanya mengeleng kepala.

Satu mesyuarat diadakan diantara Imam Syuib dan AJK Surau mengenai sambutan maulidur Rasul. Atan yang turut ada disitu memberitahu nanti akan ramai sabahat yang datang ke kampung mereka. Imam Syuib yang berasa hairan bertanya kepada Atan dari mana mereka datang. Namun Atan hanya tersenyum.

Siapa kah Atan yang sebenarnya? Bagaimana pula dengan keadaan Haji Munir? Apakah yang akan berlaku nanti? Jangan lupa saksikan kesudahan drama Seindah Kasihmu hanya di TV1 pada 3 Januari ini. Selamat menonton.

Kredit : Budiey.com

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments