Faralyna Idris Sah Bergelar Isteri Kepada Muhammad Fikri

gambar-nikah-faralyna-idris

Tahniah Hyebro ucapkan buat pelakon Faralyna Idris yang kini telah sah bergelar isteri kepada Muhammad Fikri Abdullah. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung di atas kapal Cruise Tasik Putrajaya.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada malam esok di Grand Ballroom The Place Once City, Subang Jaya.

Manakala, satu lagi majlis keraian akan diadakan di belah pihak lelaki di Keramat.

Pihak perempaun telah memberikan 5 dulang hantaran dan dibalas 5 dulang oleh pihak lelaki.

Di petik dari Berita Harian :-

Alhamdulillah di sebalik kekalutan dan minit akhir kami mengubah lokasi majlis perkahwinan, akhirnya semua berjalan seadanya. Terima kasih kepada keluarga yang banyak membantu melancarkan segala-galanya.

Setakat ini kami tak merancang lagi nak berbulan madu ke mana-mana. Keputusan berkahwin ini pun mengejut… secara tiba-tiba apabila Fikri ajak saya kahwin. Perkara baik, keluarga pun tak ada halangan. Mungkin tahun depan kami akan berbulan madu.

Ikut keinginan hati ingin ke Pulau Maldives. Tapi tak kisahlah mana-mana janji kami dapat luangkan masa berdua menikmati keindahan fasa awal perkahwinan. Soal anak pun kami tak ada perancangan. Terima saja rezeki jika ada dalam masa terdekat.

Tahniah sekali lagi dari Hyebro. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments