Fauziah Nawi Kecewa Difitnah

Fauziah Nawi
Fauziah Nawi kesal selepas tersebar fitnah kononnya dia mengenakan caj tidak masuk akal bagi menyertai kelas lakonan teater sehingga mencecah RM8,000.

Tuduhan itu sama sekali tidak berasas kerana setiap kursus yang diadakan adalah anjuran sesebuah agensi atau syarikat produksi manakala khidmatnya sebagai tenaga pengajar untuk berkongsi tentang lakonan persembahan teater.

“Saya tidak pernah mengenakan bayaran secara individu terhadap pelajar yang memasuki kelas teater saya selama ini.

Kelas teater saya dibuat secara percuma kerana saya dibayar oleh pihak tertentu seperti Finas atau produksi teater yang memerlukan khidmat saya untuk mengajar”

Fauziah berkata demikian ketika diminta menjelaskan mengenai status tidak puas hatinya yang dimuat naik di Facebook miliknya berhubung tuduhan dia mengenakan caj tidak masuk akal sehingga mencecah RM8,000 bagi 16 jam kelas teater yang dianjurkan.

Sumber : MStar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments