Gambar Nikah Leez Rosli Dan Aepul Drama Band

leez-rosli-nikah

Tahniah Leez Rosli yang kini telah sah bergelar isteri kepada Noorsyaiful Md Zalaludin atau Aepul Drama Band. Majlis pernikahan mereka telah diadakan di Masjid Salahuddin Al Ayubi, Taman melati, Kuala Lumpur.

Leez merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia. Leez dan pasangan telah selamat dinikahkan oleh bapa Leez, Encik Rosli.

Leez dan Aepul selamat diijabkabul dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Muhamad Jalani Ahmad.

Pihak lelaki telah memberikan Sembilan dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas sebelas dulang hantaran. Leez menerima mas kahwin berjumlah RM80 dan wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya.

Tahniah sekali lagi buat Leez dan Aepul. Semoga ikatan pernikahan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Kredit Foto : Rotikaya

gambar-nikah-aepul-dan-leez-rosli gambar-nikah-leez-rosli gambar-nikah-leez-rosli-dan-aepul

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments