#GegarVaganza: Sam Innuendo Tersingkir

Gegar Vaganza Sam Innuendo Tersingkir
Sam Innuendo terpaksa meninggalkan pentas Gegar Vaganza pada minggu ketiga konsert Gegar Vaganza.

Pada malam bertemakan ‘Kenangan Mengusik Jiwa’, Sam telah menyanyikan lagu dendangan Anuar Zain berjudul ‘Keabadian Cinta’.

Imbas kembali ketika detik penyingkiran Sam, dia dan penyanyi Mamat merupakan dua peserta di tangga terendah. Sebaik sahaja namanya diumumkan, Sam dengan tenang mengucapkan terima kasih kepada Astro, para juri dan para peminat yang telah memberikan sokongan.

“Terima kasih Astro kerana menjemput saya untuk menyertai program ini. Saya mohon maaf kerana tidak dapat meneruskan perjalanan ke peringkat seterusnya.

Saya juga sudah memberikan yang terbaik, tetapi mungkin ada silap yang saya tak perasan tetapi juri nampak…dan saya terima keputusan juri dengan hati yang terbuka.

Kepada peminat-peminat Sam, terima kasih kerana tidak jemu memberi kata-kata semangat dan terima kasih kerana masih menyokong saya”

Bagaimanapun menurut akaun Instagram @saminnuendo dan menerusi foto yang dimuatnaik, Sam memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan perjuangannya dan memberitahu tidak dapat mendengar ‘background’ muzik dengan jelas serta masalah kesihatan punca persembahannya kurang baik.

Selepas ini, tinggal 10 lagi peserta yang akan terus berentap untuk bergelar juara Gegar Vaganza musim pertama.

Jangan lupa untuk terus menonton Gegar Vaganza setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (saluran 135).

Sumber : Astro Gempak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments