Harga Iklan Di Laman Sosial Instagram Selebriti Malaysia

Mungkin ada diantara pembaca di blog HyeBro! ingin mengetahui berapa harga yang selebriti letak sekiranya ingin mengiklan di laman sosial Instagram mereka.

Disini kami ingin kongsikan harga yang mereka tawarkan.

Instagram Nora Danish

Instagram Nora Danish

Buat masa kini, Nora Danish adalah antara artis yang mengenakan caj periklanan produk tertinggi menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Dia mengenakan caj antara RM1,500 sehingga RM3,000 bersesuaian dengan jumlah opengikutnya yang ramai di laman sosial berkenaan iaitu mencecah 1.4 juta orang.

Bayaran RM1,500 dikenakan Nora adalah bagi tempoh Isnin hingga Jumaat, pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 10 malam sehingga 12 pagi.

Caj sebanyak RM3,000 pula untuk tempoh iklan bermula 1 petang hingga 9 malam bagi jumlah hari yang sama.

Bagi hari Sabtu dan Ahad pula, kos yang sama dikenakan itu RM3,000.

*******

Raisyyah Rania (Felixia Yeap) yang mempunyai 214 ribu pengikut mengenakan caj mengikut pakej-pakej tertentu di mana dia akan membuat iklan sebanyak dua kali di Instagram dan sekali di Facebook dengan harga RM2,000.

Bagi tiga kali periklanan di Instagram, model itu meletakkan harga RM2,500.

Fynn Jamal (408 ribu pengikut) meletakkan harga diantara RM200 hingga RM500 di mana caj yang dikenakan mengikut kemampuan peniaga Instagram berkenaan.

Nana Mahazan (177 ribu pengikut) meletakkan harga di bawah RM500 mengikut perbincangan yang dibuat dengan penjual iklan.

Fizo Omar yang mempunyai 380,000 pengikut mengenakan caj di bawah RM1,000 dan akan memberikan diskaun pada masa-masa tertentu kepada mana-mana pengikut laman sosial berkenaan yang mahu mengiklankan produk mereka.

Sumber : MStar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments