Iqra – Album Kompilasi Raihan dan Mawi

Iqra Mawi Raihan
Album kompilasi Iqra mengandingkan dua nama hebat di pentas industri muzik tempatan, Raihan & Mawi.

Seperti yang kita sedia maklum,

Raihan sentiasa mengutarakan muzik-muzik yang dihasilkan dengan pukulan gendang dan rebana yang mengeluarkan bunyi yang sedap didengar dan mampu memberi satu rentak yang aman dan tenang apabila didengari bersama-sama alunan suara Raihan yang merdu dan lembut.

Manakala Mawi pula, beliau bukan sahaja terkenal dengan alunan suaranya yang lunak di dalam nyanyian, namun beliau juga hebat dalam melontarkan suara beliau dalam berzanji dan juga mengaji yang turut terdapat di dalam lagu yang terkandung di dalam album kompilasi ini.

Dalam industri muzik tanah air, tidak banyak fenomena yang telah dicipta oleh penyanyi nashid atau pun lagu ketuhanan, namun Mawi dan juga Raihan telah mengubah persepsi tersebut di mana mereka merupakan antara 2 fenomena yang ketara dalam kejayaan yang telah diraih oleh mereka.

Raihan dan Mawi bukan sahaja antara nama besar yang terdapat di dalam album kompilasi ini, tetapi lagu lagu yang telah dikarang juga hasilnya adalah dari barisan komposer yang berpengalaman seperti Datuk M. Nasir, Allahyarham Loloq, Edry Abdul Halim, Datuk Ramli Sarip, dan ramai lagi.

Album kompilasi “Raihan & Mawi – Iqra” ini merupakan satu lagi edaran Warner Music (M) Sdn Bhd, dan boleh didapati dengan harga RM29.90.

Senarai Lagu CD 1 Iqra – Album Kompilasi Raihan dan Mawi

  1. Puji-Pujian – Raihan
  2. Al Haq… Yang Satu – Mawi Bersama Dato AC Mizal
  3. Syukur – Raihan
  4. Doa Dalam Lagu – Mawi bersama Heliza
  5. Allahu – Raihan
  6. Cinta Hakiki – Mawi
  7. Iman Mutiara – Raihan
  8. Al Jannah – Mawi
  9. Demi Masa – Raihan
  10. Sirah Rabiuawal – Mawi ft. Wariqissalam
  11. Dari Tuhan – Raihan bersama Awie
  12. Ya Salam – Mawi bersama Yasin
  13. Bismillah – Raihan
  14. Sesungguhnya – Mawi bersama Ustaz Asri Ibrahim, Akil Hay & Ustaz Amaluddin

Senarai Lagu CD 1 Iqra – Album Kompilasi Raihan dan Mawi

  1. Iqra – bersama Raihan – Mawi
  2. Ashabul Khafi – Raihan
  3. Hambamu – Mawi bersama Akil Hay
  4. Senyum – Raihan
  5. Marhaban Rangkaian Selawat – Mawi, Raihan, & Ustaz Amaluddin
  6. 99 Names – Raihan
  7. Cinta Zulaika – Mawi
  8. 25 Rasul – Raihan
  9. Saksi – Mawi bersama Rabbani
  10. Rakan Selawat (Maulid) – Raihan
  11. Sujud – Mawi bersama KRU
  12. Ya Nabi Salamualaika – Raihan
  13. Yang Tercinta – Mawi
  14. Assolatuwassalam – Raihan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments