Izzue Islam Elak Bersentuhan Dengan Pelakon Wanita

izzue islam
Izzue Islam bertegas dengan prinsip lakonannya yang meletakkan syarat untuk tidak bersentuhan dengan pelakon wanita demi menjaga statusnya sebagai suami.

Menurut Izzue,keputusan tersebut dibuat sendiri olehnya dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

“Saya mahu menghadkan bersentuhan dengan pelakon wanita lagipun saya sudah berkahwin dan berstatus suami orang.

Keputusan ini dibuat oleh saya sendiri dan sebelum berlakon saya juga ada beritahu pihak produksi mengenai perkara ini dan mereka juga tiada masalah”

Izzue juga memberitahu untuk melakonkan adengan romantik tidak semestinya perlu bersentuhan.

“Saya rasa banyak lagi cara untuk menunjukkan babak-babak romantik dan tidak semestinya perlu bersentuhan.

Saya pun nak jaga status saya sebagai suami dan dalam masa yang sama saya juga menghormati dan menjaga maruah pelakon wanita.

Jadi saya rasa isu ini tidak perlulah diperbesarkan lagi”

Sumber : Astro Gempak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments