Jenazah Mustapha Maarof Selamat Dikebumikan

Mustapha-Maarof-Meninggal-Dunia

Takziah buat keluarga Allahyarham Seniman Datuk Mustapha Maarof yang baru sahaja kehilangannya. Jenazah telah selamat dikebumikan kira-kira jam 3 petang di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang.

Kira-kira 300 orang yang hadir ke majlis pengkebumian Allahyarham. Antara rakan selebriti yang turut menziarah adalah Noorkumalasari, Datuk Yusof Haslam, Datuk A Rahman Hassan, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Maria Menado.

Sebelum ini, Allahyarham telah dimasukkan ke Institut Perubatan respiratori, Hospital Kuala Lumpur selepas mengalami masalah sukar bernafas akibat sakit paru-paru. Kemudian di pindahkan ke Hospital Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk membuat rawatan dan meninggal dunia.

Jenazah Allahyarham telah disemadikan bersebelahan dengan kubur isterinya, Allahyarham seniwati Roseyatimah. Al-Fatihah.

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments