Jihan Muse Semakin Demand?

Jihan Muse - Pelawak, Pengacara, Pelakon
Bukan sekadar bergelar pelawak, malah sejak kebelakangan ini, Jihan Muse semakin menjadi tumpuan pengarah, penerbit dan stesen televisyen untuk bekerjasama dalam projek-projek mereka.

Sehinggakan timbul pelbagai khabar angin kerana popularitinya yang semakin meningkat, mengatakan dia semakin ‘demand’.

Bagaimanapun Jihan akui, dia tidak pernah mendabik dada dengan kejayaan yang telah dimiliki. Dia yakin rezeki dan kedudukan yang diterimanya hari ini adalah kerana kepercayaan peminat kepadanya selama ini.

“Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan, saya sentiasa belajar untuk tahu apa yang patut dan tidak patut dibuat dalam karier saya”

Apabila ditanya apakah dia semakin laku kerana penampilannya yang mula menyerlah sejak kebelakangan ini, kata Jihan, penampilan memang perlu dijaga walau dalam apa jua kerjaya yang diceburi.

“Saya belajar daripada kehidupan, walaupun sebelum ini saya kurang mendapat perhatian tetapi ia bukan bererti paras rupa yang menjadi ukuran.

Lagipun, saya percaya mereka memanggil saya kerana bakat dan kesungguhan saya.

Sejak kali pertama saya memilih bidang ini, saya sentiasa menerima kritikan. Apa pun, saya ambil ia sebagai iktibar dan memandang positif untuk membantu karier saya”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments