Jom Menang Wang Tunai di Komen SINAR

Komen Sinar FM
SINAR fm, stesen Muzik Retro No.1 di Malaysia kini memberi ruang kepada para pendengar untuk memberi komen tentang lagu-lagu dan kandungan yang disiarkan dalam program-pragram di SINAR fm.

Melalui segmen soal selidik Komen SINAR para pendengar boleh meluahkan pendapat serta melontarkan maklumbalas mereka kepada stesen SINAR fm bagi tujuan untuk membaik pulih serta memantapkan lagi stesen SINAR fm untuk fasa yang akan datang.

Pendengar-pendengar yang menyertai kaji selidik ini dan memberikan komen serta maklum balas akan berpeluang untuk memenangi wang tunai sejumlah RM 150.

Kepada para pendengar yang ingin turut serta memberikan komen dan meluahkan pendapat melalui segmen soal selidik Komen SINAR ini, anda hanya perlu melayari laman web SINAR fm di www.sinar.fm dan mengisi borang soal selidik yang terdapat di situ.

Di akhir soal selidik ini, sila sertakan maklumat diri untuk kami hubungi dan lengkapkan slogan kata

“Saya suka SINAR fm kerana… ” (tidak lebih daripada 20 patah perkataan).

Jadi para pendengar setia stesen SINAR fm di jemput untuk turut serta dalam soal selidik Komen SINAR dan memberikan komen-komen yang dapat membantu kami agar sentiasa memberikan kepuasan yang maksimum kepada anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments