Kamal Adli Terkilan Dengan Liyana Jasmay

Kamal Adli
Kamal Adli terkejut selepas mendapat tahu aktres Intan Ladyana sudah menemui pengganti selepas tiga bulan hubungan cinta mereka putus.

“Saya masih dalam proses memulihkan perasaan daripada terus merindui Intan tetapi saya benar-benar terkejut apabila seorang peminat telah “tagged” gambar Intan bersama teman-teman termasuk seorang lelaki ketika percutian mereka di Venice.

Saya tidak menyangka dalam masa terdekat ini dia sudah boleh meneruskan hidupnya dengan orang lain”

Baru-baru ini, teman baik Intan iaitu Liyana Jasmay mendedahkan bahawa dia telah memperkenalkan Intan dengan seorang pemuda iaitu teman kepada suaminya.

Bagaimanapun Liyana menafikan dia menjadi punca keretakan hubungan Intan dan Kamal kerana pertemuan wanita itu dengan individu berkenaan berlaku selepas pasangan tersebut putus cinta.

Kamal ternyata terkejut apabila mendapat tahu intan mengenali lelaki berkenaan melalui rakan baiknya sendiri iaitu Liyana Jasmay.

Biarpun terasa hati dengan tindakan Liyana itu namun dia yakin niat aktres itu baik untuk melihat Intan gembira dan bahagia.

“Terus terang saya terkejut kerana Liyana rakan baik saya dan ada bermain dalam fikiran saya mengapa dia sanggup buat begitu ketika saya sedang berusaha memenangi hati Intan.

Tetapi saya tidak salahkan Liyana kerana saya tahu dia berniat baik dan sebab itu saya tidak mahu berusaha lagi kerana enggan merosakkan kebahagiaan Intan sekarang”

Sumber : MStar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments