Kampung Boy Raih Tempat kedua Anugerah Gaiman

komik-kampung-boy

Tahniah buat Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat apabila komiknya “Kampung Boy” telah berjaya mendapat tempat kedua dalam Anugerah Gaiman Jepun bgagi katagori komik luar negara.

Komik Kampung Boy telah dialih bahasa ke bahasa Jepun hasil terjemahan semula pensyarah Bahasa Jepun di Universiti Kebangsaan Malaysia, Hieda Natsue yang telah disunting oleh Prof Madya Soda Naoki dari Tokyo University of Foreign Studies ( TUFS )

Komik Kampung Boy telah mendahului 14 penyertaan komik lain. Karya ‘Hawkeye: My Life as a Weapon’ dari Amerika Syarikat, telah mendapat tempat pertama manakala komik  ‘Jolies Tenebres’ dari Perancis mendapat tempat ketiga. – sumber Media Hiburan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments