Kecewa, Forteen Elak Bertemu Peminat

Forteen - Izzue Islam
Baru-baru ini, ada peminat yang kecewa bila tidak dapat bertemu dengan Kumpulan Forteen selepas selesai persembahan Separuh Akhir Muzik Muzik 29 pada 28 November lalu.

Bagaimanapun pihak Forteen menjelaskan terpaksa mengelak daripada bertemu peminat kerana salah seorang anggota iaitu Izzue Islam perlu bergegas ke lokasi penggambaran drama.

Menurut One, mereka menghormati komitmen pelakon itu yang terpaksa mencuri masa untuk membuat persembahan pada malam tersebut.

“Kami mengelak jumpa peminat kerana Izzue perlu bergegas ke lokasi penggambaran drama, kami hargai komitmen Izzue yang terpaksa mencuri masa untuk bersama kami membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik Muzik 29 itu.

Disebabkan kami datang dengan menaiki kenderaan yang sama, jadi perlu bergerak sekali, itu bukan kerana kami sengaja tidak mahu bertemu peminat”

Beliau berkata begini ketika mengulas tentang tindakan kumpulan itu yang telah mengecewakan peminat-peminat mereka apabila menunggu di pintu masuk Sri Pentas 2, selepas siaran langsung program itu.

Kumpulan itu dikatakan menggunakan pintu belakang pentas bagi mengelakkan dikerumuni peminat-peminat mereka selepas selesai persembahan.

Mereka sudah memberitahu dan meminta maaf kepada peminat-peminat yang sanggup menunggu untuk bertemu dengan Forteen. Bagaimanapun Forteen banyak mengatur perjumpaan bersama peminat-peminat mereka sebelum ini sebagai menghargai tanda sokongan mereka.

Sumber : MStar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments