Liyana Jasmay Punca Intan Ladyana dan Kamal Adli Putus Cinta?

Liyana Jasmay
Liyana Jasmay menafikan dakwaan bahawa dia merupakan punca hubungan cinta Intan Ladyana dan Kamal Adli putus, selepas dia memperkenalkan seorang lelaki kepada Intan.

Liyana memperkenalkan “individu yang dimaksudkan” kepada Intan hanya selepas hubungan pasangan berkenaan putus.

Malahan Liyana Jasmay juga tidak melihat ia sebagai satu kesalahan kerana Intan tidak lagi mempunyai ikatan dengan Kamal.

“Pemuda tersebut rakan kepada suami saya dan tidak ada salahnya saya memperkenalkan dia kepada Intan kerana Intan pun sudah kembali solo.

Bagaimanapun tujuan saya itu bukan hendak menjodohkan mereka tetapi hanya sekadar mahu mereka berkawan sahaja dan tiada kena mengena dengan soal percintaan Kamal dan Intan sebelum ini”

Intan dan Kamal sebelum ini bercinta selama enam tahun namun hubungan mereka putus pada akhir Ramadan lalu.

Liyana sendiri tidak pernah mencampuri sebarang urusan peribadi rakan baiknya itu kerana merasakan tidak manis berbuat demikian.

Malah katanya, sejauh mana hubungan Intan dengan rakan suaminya itu adalah terpulang kepada wanita tersebut kerana soal hati dan perasaan bukan sesuatu yang boleh dipaksa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments