Matahari – Hafiz Suip

Power Vocal Award - Hafiz
Tahniah buat Hafiz Suip atas pencalonan lagu Matahari ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-29 tidak lama lagi.

Bagi menghangatkan lagi AJL ke-29, Kami di HyeBro! akan kongsikan beberapa video klip lagu yang dipertandingkan di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-29 pada 18 Januari 2015.

Lagu dan lirik ciptaan Ajai (Universal Music Publishing Sdn Bhd) dan Muzik Video diarahkan oleh Khairul Hazwan.

Lirik Matahari Hafiz Suip

Matahari tak cukup indah
Pada pagi yang suram ini
Malam ku resah kerana
Malam mungkin kelam

Bumi indah cinta punah
Bintang bintang tumpang berduka
Meratapi nasib
Kenapa hari ini

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus melayari hidup kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus menghidupkan cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu

All da best buat Hafiz Suip.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments