Najwa Mahiaddin Rancang Nikah 2015

Najwa Mahiaddin
Najwa Mahiaddin memilih Mac 2015 sebagai bulan keramat untuk disatukan menjadi isteri kepada Idris Koh Heng Hui selepas mengikat tali pertunangan pada 8 Disember lalu.

Keputusan ini dibuat selepas mendapat persetujuan keluarga kedua-dua pihak yang mahu majlis berkenaan dipercepatkan.

“Alhamdulillah, kedua-dua keluarga tidak menghalang perhubungan kami. Lagipun, keluarga saya sendiri memang sudah lama kenal dengan Idris.

Bila mereka tahu kami berkawan serius, mereka yang cadangkan supaya kami cepat-cepat tunang serta mendirikan rumah tangga”

Majlis pertunangan Najwa dengan Idris telah berlangsung di kediaman keluarga wanita itu di Sri Satria, Putrajaya dengan dihadiri kira-kira 300 tetamu termasuk ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan terdekat.

Najwa kagum dengan karektor yang dimiliki oleh bakal suaminya itu.

Idris yang merupakan pemilik syarikat Le Koof Music dan pemuzik Bassement Syndicate seorang yang bertanggungjawab, mudah diajak berbincang serta sedia mendengar apa sahaja yang dikongsikan.

“Dia seorang yang amat bertanggungjawab, boleh mendengar apa yang saya kongsi atau luahkan dan senang untuk diajak berbincang atau berbicara.

Kebetulan kami juga mempunyai visi yang sama di dalam muzik. Jadi, ia memudahkan lagi untuk kami berbincang atau merencana tentang hala tuju muzik dan apa jua bentuk persembahan.”

Dia mengenali Idris sejak tujuh tahun lalu tetapi hanya beberapa bulan kebelakangan ini mereka semakin rapat dan mula serius berkawan.

Keikhlasan Idris meluahkan perasaan terhadapnya membuatkan dia terbuka hati untuk menerima cinta pemuda itu.

“Segalanya bermula apabila dia (Idris Koh) meluahkan perasaan terhadap saya dan saya pula terfikir, mengapa tidak saya terima. Lagipun di kalangan rakan-rakan kami, memang ada yang bercinta dan kemudian mendirikan rumah tangga dengan kawan baik sendiri,”

Sumber : MStar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments