Pekin Ibrahim – Mereka Bukan Pengikut Skinhead

Ophilia - Pekin Ibrahim
Filem Ophilia arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin akan ditayangkan pada 18 Disember ini tetapi ia sudah mula mendapat perhatian besar.

Ternyata perkara itu sangat mengejutkan dan pelbagai reaksi turut diberi oleh masyarakat tempatan yang selama ini dimomokkan pelbagai kenyataan negatif membabitkan pengamal gaya hidup skinhead.

Sebagai pelakon yang banyak membuat kajian sebelum membintangi Ophilia, Pekin Ibrahim menjelaskan, komen negatif mengenai budaya skinhead disebabkan sebelum ini banyak paparan ditonjolkan mengenai pengamalnya rata-rata negatif.

Beliau yang memegang watak Uji, mengakui sebenarnya apa yang dilaporkan sebelum ini mengenai skinhead adalah salah sama sekali.

Pekin Ibrahim

“Mereka sebenarnya bukan pengikut skinhead, malah tidak tahu apa itu skinhead tetapi ibarat kata pepatah ‘akibat nila setitik, rosak susu sebelanga’.

Tidak dinafikan skinhead sendiri mempunyai banyak cabang dan idealogi seperti Nazi, Sharp, Aswi atau Rafidah tapi kebanyakan mereka tidak ikut secara bulat-bulat.

Kebanyakan pengamalnya yang saya temui masih neutral, mengakui mereka Melayu dan beragama Islam.

Salah tanggapan membuatkan ada pihak mula meluahkan kebimbangan apabila Ophilia mengangkat skinhead ini mahu ditayangkan. Sepatutnya mereka tonton dulu sebelum membuat sebarang kenyataan mengenainya.”

Paling ditegaskan Pekin adalah, dalam menghasilkan Ophilia,

Produksi dan pengarahnya menolak segala ideologi berbeza yang wujud, sebaliknya mengangkat silaturahim sesama mereka yang turut disaksikan pelakon itu sendiri sepanjang membuat kajian dan bercampur dengan masyarakat skinhead di sini hampir tiga bulan.

Sumber : HMetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments