Pelakon Leez Rosli Nikah Sabtu Ini

leez-rosli

Tahniah buat pelakon yang juga merupakan  bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat, Leez Rosli, yang bakal mendirikan rumahtangga pada sabtu ini, 27 Disember 2014.

Leez memberitahu majlis pernikahannya dengan Aepul Drama Band akan diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi Taman Melati, Kuala Lumpur.

“Saya tahu berita ini agak mengejutkan, tapi itu bukan bermaksud saya tidak mahu menjemput media. Cuma saya segan menguar-uarkan majlis pernikahan saya kerana siapalah saya ini. Takut nanti media tak sudi pula untuk datang.
“Bagaimanapun jemputan tersebut tetap dibuat dan pihak Aepul yang akan menguruskan hal jemputan itu nanti.

“Berkenaan tarikh pernikahan pula, kalau ikutkan, sudah beberapa kali tertangguh kerana jadual kami yang tidak mengizinkan. Jadi ibu Aepul minta kami bernikah dahulu dan resepsi akan diadakan Februari,” – dipetik dari Sinar Harian Online

Leez dan pasangan telah mengikat tali pertunangan pada 11 Disember lalu. Tahniah sekali lagi dari kami Hyebro. Moga majlis tersebut berjalan dengan lancar.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments