Pelakon Moon Ryanti Kini Hamil 2 Minggu

pelakon-moon-ryanti-hamil

Pelakon Moon Ryanti mengesahkan telah hamil 2 minggu selepas diberitahu oleh doktor pada akhir November lalu.

Moon Ryanti telah mendirikan rumahtangga pada 15 September tahun lalu. Semestinya ia berita gembira buat Ryanti dan suami.

Dipetik dari portal Murai : –

Alhamdulilah saya sudah pun disahkan hamil 2 minggu oleh doktor akhir November lalu. Sebenarnya kami dapat kesan saya hamil setelah saya lambat datang bulan dan telah membuat ujian kehamilan sendiri di rumah.

Memang kami gembira apabila melihat alat ujian kehamilan itu positif tetapi saya tidak mahu terlalu teruja sehingga kami berjumpa dengan doctor dan pihak hospital sendiri mengesahkan kehamilan saya.Tak tahu nak gambarkan bagaimana gembira dan terujanya kami suami isteri.

Saya mengalami alahan yang sangat teruk, bukan sahaja morning sickness di waktu pagi malah ianya kini berlanjutan sehingga seharian. Sekarang ni, apa sahaja yang saya makan pasti akan dimuntahkan kembali.

Malah, saya kini tidak larat untuk bangun pergi kerja dan hanya mahu tidur seharian. Nasib baik pihak Ultra.fm memahami dan beri cara alternative lain untuk saya selesaikan kerja saya. Pun begitu, saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan sering membantu dan menemani saya ketika ini

Tahniah dari kami, Hyebro dan semoga proses kehamilan dan kelahiran nanti akan berjalan dengan lancar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments