Pemenang Piala Malaysia Fantasi 2014

Pemenang Piala Malaysia Fantasi 2014
PIALA MALAYSIA FANTASI 2014 yang telah bermula pada 13 Ogos sehingga 8 November 2014 lalu, kini telah menemui pemenangnya pada musim ini.

Kemenangan yang tidak disangka ini telah dimenangi oleh seorang peminat bola sepak wanita, Ismawati Ilias dengan membawa pulang wang tunai RM 8,000.

Beliau telah diwakili oleh suaminya, Azahar Bin Assaari ketika sesi penyerahan replika cek di program Grandstand Ahad baru-baru ini.

Ismawati berkongsi minat yang mendalam bersama suaminya terhadap sukan bola sepak dan sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak tempatan terutama pasukan bola sepak kelahirannya iaitu Pulau Pinang.

Ini juga merupakan penyertaan pertama Ismawati dalam pertandingan ini dan suaminya merupakan tulang belakang dalam menguruskan pasukan fantasinya yang bernama Juah Gila dengan memungut 483 mata.

Piala Malaysia Fantasi 2014 adalah sebuah permainan pengurusan pasukan bola sepak di mana pemain akan dibekalkan dengan modal sebanyak 100 juta dan dikehendaki untuk menciptakan pasukan fantasi masing-masing.

Mereka dibenarkan untuk membeli seramai 11 orang pemain bola sepak di mana setiap pemain bola sepak yang dipilih berkemungkinan akan menyumbang mata mengikut jadual mata yang disediakan. Pemain juga hanya dibenarkan memilih maksimum hanya tiga pemain bola sepak yang beraksi dalam pasukan yang sama.

Adunan pemain telah diuji dan hanya percaturan yang mantap akan melayakkan pemain meraih mata tertinggi.

Selain pemenang utama, terdapat juga pemenang peringkat kumpulan yang dimenangi oleh Mohd Zaimie Zainudin. Beliau telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 2,000.

Sementara itu, pemenang bagi peringkat kalah mati pula dimenangi oleh pasukan ‘Next’ telah memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM 5,000.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments