Penantian 14 Tahun Datin Alyah

Alyah - Sesal Separuh Nyawa
Penantian selama 14 tahun penyanyi Datin Alyah akhirnya terbayar apabila lagunya Sesal Separuh Nyawa merangkul trofi kategori Lagu Pop Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21) yang berlangsung pada malam Sabtu lalu.

Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hassan berasa teruja dengan kemenangan tersebut kerana segala usahanya sepanjang bergelar penyanyi akhirnya mendapat pengiktirafan.

“Alhamdulillah sikap saya yang sukar mengenal erti putus asa akhirnya membuahkan hasil sehingga mendapat pengiktirafan ini.

Biarpun terpaksa menunggu lama namun semuanya berbaloi dan diberi kesempatan untuk merasai kejayaan ini”

Sumber : MStar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments