PU Azman Juara Mimbar Pencetus Ummah Musim Kedua

PU Azman Juara Mimbar Pencetus Ummah Musim Kedua
PU Azman menepati ramalan awal selepas diumumkan sebagai juara mimbar akhir Pencetus Ummah musim kedua yang berlangsung di Dewan Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).

Beliau yang bekerja sebagai seorang Pakar Motivasi Remaja telah memilih tajuk ‘Takdo Alasan Tinggal Solat!’ bagi tugasan bebas dan dua lagi tugasan pilihan penonton dan Murabbi iaitu ‘Isu Islamfobia’ serta ‘Hati Mati Jasad Layu’.

Dengan kemenangan ini, PU Azman sekaligus berjaya membawa pulang hadiah lumayan berjumlah RM100,000, sebuah trofi dan pakej mengerjakan Umrah.

Tempat kedua dimenangi oleh PU Faiz dengan membawa pulan wang tunai RM50,000 sementara tempat ketiga dimenangi oleh PU Yusof dan keempat PU Lokman masing-masing berpuasa hati dengan wang tunai RM10,000.

Mimbar Pencetus Ummah 2 dihoskan oleh Ustaz Hj. Zulkefli dan pelakon Fizo Omar yang bersiaran secara langsung di saluran Astro Prima (105), Astro Oasis (106) dan Maya HD (135). Program realiti berbentuk Islamik ini juga turut menampilkan Ustaz Haslin Baharim, Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Fauziah Nawi sebagai Murabbi atau fasilitator

Layari www.pencetusummah.com.my untuk membuat undian terkini, tonton video menarik dan gambar-gambar selepas persembahan Mimbar Pencetus Ummah 2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments