Radin – Juara Penyampai Top Malaysia ERA

Radin Juara Penyampai Top Malaysia
Jadi penyampai radio bukannya impian Radin selepas menjadi juara Penyampai Top Malaysia ERA yang diadakan untuk mencari pengganti Aril AF yang berundur untuk menumpukan sepenuh kerjayanya pada bidang nyanyian.

Beliau ditemui di Starbucks, Kota Kemuning sewaktu menjadi pengacara majlis Blog O’Rama Anjuran Majalah Libur, Karangkraf.

Menurut beliau, sebelum ini terdapat banyak uji bakat beliau sertai. Malangnya belum ada rezeki buat bekas graduan UiTM Seri Iskandar ini untuk terlibat dalam dunia penyiaran.





Jika diikutkan, beliau mempunyai impian untuk menjadi Pengacara TV dan juga pembaca berita. Dengan menjadi juara Penyampai Top Malaysia ERA, menyediakan beliau laluan untuk mengecapi impian yang beliau idam-idamkan selama ini.

Percubaan pertama beliau selepas menanggalkan “braces” menyertai Penyampai Top Malaysia ERA membuahkan hasil apabila beliau diumumkan sebagai juara disamping Hani Fadzil.

Selain menjadi penyampai radio, beliau juga aktif mengacara majlis dimana baru-baru ini beliau menjadi pengacara bagi #OhhSOME FEST 2014.

Kami di HyeBro! mendoakan yang terbaik buat beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments