Sambutan Ambang 2015 Di Putrajaya Dibatalkan

konsert-ambang-tahun-baru

Program  sambutan Ambang 2015 Putrajaya telah di sahkan batal setelah perkara ini dibincangkan antara penganjur Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan penganjur utama, Kumpulan AmBank.

Berita itu telah diumumkan oleh PPj melalui laman sosial facebook dengan memuat naik status :

“Setelah perbincangan diadakan di antara Perbadanan Putrajaya dan Kumpulan AmBank, dengan ini dimaklumkan bahawa program sambutan Ambang 2015 Putrajaya kini sah dibatalkan.

Sambutan tersebut dijadualkan bermula pada 8.30 malam pada 31 Disember ini di Dataran Putrajaya.

Pembatalan berikutan bencana alam yang telah melanda negeri-negeri di Pantai Timur. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah juga menitahkan mana-mana konsert berunsur hiburan juga dibatalkan serta merta. – sumber Media Hiburan

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments