Star Wars Episode VII: The Force Awakens

Star Wars Episode VII - The Force Awakens
Walt Disney Studios Motion Pictures dan Lucas Films telah melancarkan trailer filem Star Wars Episode VII: The Force Awakens bagaimanapun karya J.J. Abrams itu hanya akan menemui penonton di pawagam pada penghujung tahun hadapan.

Pihak penerbit mengumumkan barisan pelakon asal filem berkenaan seperti Harrison Ford (Han Solo), Carrie Fisher (Puteri Leia), Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3P0), Peter Mayhew (Chewbacca) dan Kenny Baker (R2D2) kembali untuk membawa watak masing-masing dalam episod terbaharu itu.

Perkhabaran itu adalah berita yang sudah pastinya akan mengembirakan para peminat setia filem ini yang sememangnya mahukan pelakon-pelakon asal kembali dalam episod VII ini.

Laman web rasmi Star Wars turut mengumumkan senarai beberapa pelakon baru seperti John Boyega, Daisy Ridley, Oscar Isaac, Andy Serkis, Domhnall Gleeson dan Max von Sydow.

Filem terbaru ini akan diarahkan oleh JJ Abrams dan dijadual untuk ditayangkan di pawagam mulai 18 Disember 2015.

Ini adalah filem pertama Star Wars selepas Disney mengambil alih kesemua kepentingan francais daripada George Lucas dan berjanji akan menerbitkan episod baru setiap dua tahun mulai 2015.

Ketika filem pertama Star Wars muncul di pawagam pada 1977, hampir kesemua pelakon utamanya berusia dalam lingkungan 20an dan 30an tetapi kini Harrison Ford sudah pun berusia 71 tahun, Mark Hamill, 62, dan Carrie Fisher, 57 dan Peter Mayhew, 69.

Pengambaran bermula Mei lalu dengan plot cerita bermula 30 tahun selepas Return of the Jedi yang diterbitkan pada 1983. Ia adalah filem terakhir Star Wars (iaitu episod VI) sebelum kisah ini kembali ke belakang dalam bentuk prekuel dengan Episod I, II dan III.

Sumber : MStar

Hye Bro! : Ternampak post di 9gag tentang iklan Filem Wars Episode VII yang terpapar dalam babak Filem Back To The Future yang pernah ditayangkan pada tahun 80an?

Adakah semua ini telah dirancang awal-awal dahulu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments