Syarul Ridzwan Terlibat Dalam Kemalangan

Syarul Ridzwan
Pelakon Syarul Ridzwan menyatakan rasa syukur selepas terselamat dari kemalangan jalan raya di Seremban yang hampir meragut nyawanya pada petang Khamis.

Bagaimanapun beliau kecewa bila terdapat khabar angin yang tersebar di aplikasi Whatsapp mengatakan beliau telah meninggal dunia selepas terlibat dengan satu kemalangan jalan raya di Seremban ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4 petang semalam semasa pelakon berusia 25 tahun itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai penggambaran drama berjudul ‘Street Vendetta’

Kereta jenis Honda City yang dipandu oleh Syarul tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan kemudiannya berpusing sebanyak dua kali sebelum terbalik.

Menerusi akaun Instagram beliau Syarul Idzwan tampil memberikan penjelasan yang khabar angin itu tidak benar sama sekali dan beliau masih hidup walaupun keadaan kereta Honda City yang dipandunya rosak teruk akibat kemalangan itu.

“Saya okay. Tiada kecederaan langsung, saya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Linggi baru habis shooting Street Vendetta.

Accident dekat Jalan Sungai Ujong, Seremban. Jalan licin sebab baru lepas hujan, saya hilang kawalan, terlanggar divider, kereta berpusing dua kali, saya tak pengsan tak luka, Alhamdulillah, tak ada apa apa,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments