Wan Raja Bakal Nikahi Kakak Emma Maembong

wan-raja

Tahniah  Hyebro ucapkan kepada Wan Raja, pelakon filem Dalam Botol yang akan mendirikan rumahtangga dengan kakak kepada Emma Maembong, Yaya pada 12 Disember ini.

Majlis pernikahan pasangan ini akan diadakan di Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang. Manakala majlis resepsi di pihak Yaya akan berlangsung pada 14 Disember di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Majlis di pihak lelaki pula akan diadakan pada 26 Disember di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang.

Wan Raja dan Yaya sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada 10 Syawal tahun lalu.

Tahniah sekali lagi. Semoga majlis tersebut berjalan dengan lancar.

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments