Aaron Aziz Masuk Hospital Akibat Sakit Leher

aaron aziz

Pelakon  Aaron Aziz dilaporkan telah dimasukkan ke pusat rawatan semalam kerana tidak tahan sakit leher yang dialaminya.

Berita tersebut telah disahkan sendiri oleh isteri Aaron yang juga merupakan pengurusnya, Diyana Halik dengan memuat naik gambar berserta kapsyen.

“Di sebalik senyuman itu sebenarnya tersingkap seribu kesakitan. Kesian sayangku tahan sakit.

“Tolong berehat dan baring saja ya. Saya akan datang semula bila kerja saya sudah habis. Tolong pakai penyokong leher ya,”

Ujar Diyana,  Aaron dibawa ke pusat rawatan kerana tidak tahan menderita sakit leher yang dialaminya sejak beberapa hari lalu. Sakit leher yang dialami Aaron ini terjadi sejak dia terlibat dengan kemalangan sewaktu penggambaraan rancangan Fear Factor dahulu.

Bagaimanapun, Aaron telah diberi suntikan penahan sakit bagi melegakan sakit yang dialaminya. Semoga Aaron cepat sembuh.

 

 

 

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments