Ainan Tasneem Nafi Berkelakuan Sumbang

Ainan Tasneem
Ainan Tasneem menegaskan tuduhan kononnya dia berkelakuan sumbang dikhalayak dengan teman lelakinya adalah fitnah yang sengaja direka-reka bertujuan menjatuhkan maruahnya.

Biarpun namanya tidak segah penyanyi lain namun dia sedar gerak-gerinya sentiasa diperhatikan masyarakat dan pelik apabila dijadikan sasaran pihak tertentu.

“Saya bukan bodoh sangat untuk berkelakuan seperti didakwa kerana sedar gerak-geri diperhatikan dan dakwaan itu fitnah semata-mata”

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada artikel sebuah akhbar mingguan yang melaporkan dia dan kekasihnya berjalan berpimpinan tangan selepas selesai makan di sebuah restoran pada 9 Disember lalu.

Dakwaan daripada seorang pembaca menerusi e-mel itu turut memberitahu pasangan berkenaan tidak segera beredar sejurus memasuki kereta Honda Jazz berwarna biru sebaliknya mendakwa mereka ‘bermesra-mesraan’ hampir 45 minit di dalam kereta berkenaan sebelum beredar.

Ainan bagaimanapun tidak menafikan ada berkunjung ke restoran berkenaan bersama lelaki tersebut pada tarikh berkenaan namun menyangkal dakwaan berdua-duaan dengan teman lelakinya itu di dalam kereta.

Beliau sendiri terkejut apabila membaca artikel berkenaan kerana bukan sahaja dituduh berpegangan tangan tetapi dikatakan ‘bermesra’ pula di dalam kereta.

Ainan tidak pasti sama ada dakwaan berkenaan dibuat kerana ada pihak berdendam dengannya kerana tidak mempunyai musuh.

Malah teman lelakinya itu juga sentiasa mengingatkan mengenai batas pergaulan mereka kerana bimbang akan menjadi perbualan masyarakat.

Sumber : MStar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments