ALMY NADIA BAKAL LAHIRKAN ANAK PEREMPUAN

almy nadia

Tahniah Almy Nadia dan Fizz Fairuz yang bakal menyambut kelahiran anak sulung mereka yang dijangka lahir pada bulan Februari ini.

Kandungan Almy kini mencecah 8 bulan. Almy juga memberitahu segala persiapan sudah siap dibuat dan akan melahirkan anak perempuannya di sebuah hospital swasta di Setapak, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah setakat ini segala persiapan dan barang bayi sudah di beli. Bayi sihat sahaja dan bila melakukan imbasan, beberapa kali doktor kata anak perempuan, tapi tak tahulah pula nanti kalau keluar lelaki pula.

Bagaimanapun saya risau juga kerana bulan lepas dia masih dalam kedudukan songsang, harap-harap nanti dia akan berada di kedudukan yang betul kerana saya berharap untuk bersalin normal,” dipetik dari Sinar Harian Online.

Hyebro ucapkan tahniah sekali lagi. Semoga proses kelahiran bayi tersebut berjalan dengan lancar. Almy juga memberitahu akan aktif kembali selepas melahirkan anak.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments